Ketua PKR Sarawak Roland Engan kata masa depan Sarawak tidak seharusnya dimonopoli oleh mana-mana parti atau kelompok politik.PETALING JAYA: Pintu kolaborasi politik mesti sentiasa terbuka, tegas seorang pemimpin PKR, selepas Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan tidak akan melayan sebarang cadangan pakatan dengan mana-mana parti berpangkalan di Semenanjung pada PRN akan datang.
Naib Presiden Roland Engan berkata mana-mana parti politik yang memilih untuk menutup pintu kerjasama, menolak dialog atau enggan mempertimbangkan kolaborasi dengan pihak lain hanya kerana perbezaan pandangan politik memperlihatkan sikap politik yang sempit dan tidak matang.
"Saya ingin menegaskan bahawa pintu kolaborasi politik di Sarawak mesti sentiasa terbuka demi kepentingan rakyat dan masa depan negeri ini.









