JOHOR BAHRU, 9 Nov (Bernama) -- Tiket kapal yang membawa masyarakat India ke Tanah Melayu, peralatan menoreh getah dan dokumen tanah berusia lebih 100 tahun antara pelbagai khazanah sejarah masyarakat India yang menjadi tarikan pelancong di Indian Heritage Centre di sini.