Ampang Jaya: Cef kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan pelaburan kripto ketika berkenalan dengan individu di aplikasi telefon pintar.
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu berkenalan dengan individu terbabit ketika berada di rumahnya di Ampang selepas suspek mengajaknya menyertai pelaburan terbabit September tahun lalu.
"Mangsa yang berminat memuat turun aplikasi diberikan suspek yang kononnya untuk urusan pelaburan itu,
"Mangsa kemudiannya membuat beberapa kali transaksi ke akaun diberikan suspek," katanya.









