KUALA LUMPUR: Seramai 213 rakyat Malaysia ditahan di luar negara kerana disyaki menjadi keldai dadah bagi tempoh 2024 hingga September lalu berikutan taktik sindiket pengedaran dadah yang menyasarkan golo­ngan muda.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, sindiket berkenaan memperdaya golo­ngan muda termasuk pelajar dan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) menerusi tawaran pekerjaan bergaji lumayan, pakej percutian, tiket penerba­ngan, penginapan serta imbuhan kewangan.

Katanya, tawaran itu sebenarnya mempunyai risiko ke­selamatan yang serius apabila individu terbabit dipergunakan untuk membawa dadah merentasi sempadan negara.

“Sindiket turut menggunakan media sosial, platform e-dagang dan aplikasi komunikasi untuk mempromosikan kegiatan, mendapatkan pelanggan serta menjalankan urus niaga jual beli dadah.