PETALING JAYA: Pelakon, Ben Amir mendakwa kebanyakan konsert hiburan pada masa kini berpotensi memesongkan pemikiran masyarakat ekoran sarat dengan elemen ritual pemujaan, simbolisme dan okultisme.
Menurut Ben, perkara itu juga turut melibatkan dengan upacara pembukaan acara sukan antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan Piala Dunia.
“Sekarang ini orang patut tahu bahawa kebanyakan konsert memang ada pemujaan syaitan, simbolisme dan okultisme. “Upacara pembukaan Olimpik dan Piala Dunia pun sama. Sesatkan mereka, itu rancangannya,” katanya menerusi satu hantaran dalam Threads.
Dalam masa sama, pelakon drama Khianat Yang Terpilih itu turut meluahkan rasa musykil apabila ramai golongan wanita yang memberi sokongan terhadap konsert hiburan sedemikian.








