KUALA LUMPUR: Bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-33, pelakon Aedy Ashraf memilih berkongsi rezeki dengan menghadiahkan kereta kepada insan yang banyak berkorban untuknya, iaitu ibu dan kakaknya.
Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, berkata kereta berjenama iCaur itu diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus daripada kedua-dua insan berkenaan.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Aedy berkata, doa ibu dan kakaknya menjadi antara sebab dia terus kuat menjalani kehidupan sehingga hari ini.
"Saya hadiahkan juga sesuatu untuk ibu dan kakak saya sempena hari jadi saya. Saya percaya, antara sebab saya masih berdiri dan bernafas sampai hari ini adalah kerana doa mereka yang tak pernah putus," katanya.






