syafil.syazwan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur : Sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-33, pelakon, Aedy Ashraf meluahkan rasa syukur dan menghargai pengorbanan insan paling bermakna dalam hidupnya iaitu ibu dan kakaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi berkongsi niat murninya memberikan hadiah khas buat dua insan kesayangannya itu iaitu sebuah kereta berjenama iCaur.
Menurut pelakon filem Tarung : Unforgiven itu, dia percaya keberkatan serta kejayaan yang dinikmatinya hingga kini adalah berkat doa tanpa henti daripada ibu dan kakaknya.
"Aku hadiahkan juga sesuatu untuk ibu dan kakak aku sempena hari jadi aku. Aku percaya, antara sebab aku masih berdiri dan bernafas sampai hari ini adalah kerana doa mereka yang tak pernah putus," tulisnya.






