Cadangan menetapkan gaji minimum RM2,500 tidak akan memberi banyak kesan kepada graduan muda memandangkan kebanyakan syarikat sudah membayar kadar itu. (Gambar fail)PETALING JAYA: Gaji permulaan minimum RM2,500 bagi graduan tidak akan membawa banyak perubahan dalam meningkatkan kadar upah walaupun bertujuan menangani kelemahan struktur sudah lama berakar dalam pasaran buruh, kata ahli ekonomi.

Geoffrey Williams daripada Williams Business Consultancy Sdn Bhd berkata, graduan ketika ini sudah pun meraih pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,500 sebulan, manakala Yeah Kim Leng daripada Sunway University berkata, kadar dicadangkan itu 'munasabah menjadi dasar undang-undang', namun masih belum mencapai paras gaji kehidupan wajar di bandar utama.