SEREMBAN - Tekanan pada bahagian leher didapati sebagai punca kematian pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Khamis lepas.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, keputusan awal itu hasil bedah siasat selama hampir lima jam bermula jam 9.40 pagi Sabtu di Hospital Tuanku Ja’afar di sini."Pemeriksaan turut menemukan tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam iaitu dua di perut dan satu di pipi kanan," katanya dalam kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - KakakWanita berusia 30-an itu ditemukan maut selepas disyaki ditikam suaminya di kuarters berkenaan dipercayai akibat perselisihan faham.Alzafny sebelum ini berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian pada jam 9.30 malam selepas suami mangsa berusia dalam lingkungan 30-an menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan kematian itu.Lelaki itu kini direman hingga 22 Oktober ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS - Polis

Key takeaways
Tekanan pada leher didapati sebagai punca kematian pegawai AKPS semasa bedah siasat.
- Tekanan pada leher menjadi punca kematian pegawai AKPS.
- Terdapat tiga kesan tikaman menggunakan senjata tajam.
- Bedah siasat dijalankan selama hampir lima jam di hospital tempatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Harian Metro Norhazwani maut akibat tekanan pada leher - Polis
- Utusan Malaysia Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS
- Sinar Harian Tekanan pada leher punca kematian pegawai AKPS - Polis (this story)








