MANILA: ASEAN akan menjadi isu jerebu rentas sempadan yang berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah di Indonesia sebagai antara agenda utama mesyuarat menteri-menteri luar blok itu bulan depan.

Jurucakap Kementerian Luar Filipina, Dominic Xavier Imperial, berkata isu jerebu itu termasuk dalam agenda mesyuarat persediaan menteri-menteri luar ASEAN pada November menjelang sidang kemuncak blok berkenaan.

“Isu itu termasuk dalam agenda,” katanya semalam, merujuk kepada mesyuarat persediaan menteri-menteri luar ASEAN menjelang sidang kemuncak Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN).

Filipina, selaku Pengerusi ASEAN, akan mengetuai perbincangan berkenaan bagi mencari pendekatan menangani masalah jerebu yang menjejaskan beberapa negara anggota.