Tahun lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.387 bilion ke atas Najib Razak selepas mendapati beliau bersalah atas empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menangguhkan sabitan dan hukuman penjara 15 tahun, serta pergantungan denda RM11.387 bilion dalam kes 1MDB.
Hakim Noor Ruwena Md Nordin menolak permohonan Najib selepas mendengar hujah daripada peguamnya, Shafee Abdullah, dan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.
Hukuman 15 tahun Najib dijadual bermula pada 2028, selepas beliau selesai menjalani hukuman penjara enam tahun bagi kes SRC International.







