PUTRAJAYA – Selepas sebulan tragedi berlaku, keluarga empat petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang maut dalam nahas helikopter di Sarawak akan menerima bayaran pencen bulanan bermula 21 Oktober ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, KKM dan Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menguruskan faedah pencen terbitan dan bantuan kewangan sewajarnya kepada waris mangsa secara menyeluruh dan berhemah.
Katanya, bayaran yang diterima waris mangsa merangkumi Gantian Cuti Rehat (GCR), Ganjaran Terbitan, Bantuan Mengurus Jenazah dan Ex-Gratia Kematian.
“Alhamdulillah…kebajikan keluarga empat kakitangan KKM yang terkorban dalam nahas Long Lellang terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani dan KKM,” katanya menerusi hantaran di platform X di sini hari ini.










%2Ffile%2F1175%2F233f93b84ba6b327158c003f6b89182f.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)