BERLIN – Sebuah robot humanoid ‘diberkas’ selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang gadis berumur 16 tahun di Jerman, lapor laman berita CBS News.
Kejadian berlaku berhampiran sebuah restoran di bandar Cologne menjelang tengah malam, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan robot setinggi 121.92 sentimeter itu berjalan ke arah mangsa yang bersama dua rakannya, masing-masing berusia 17 dan 18 tahun.
“Berdasarkan rakaman video, robot tersebut menyentuh punggung mangsa dan berulang kali melakukan gerakan tidak senonoh terhadapnya.









