JAKARTA: Indeks Kualiti Udara di Kota Palangkaraya, Kalimantan Tengah sejak pagi semalam adalah setinggi 2,052 sekali gus menunjukkan tahap pencemarannya amat bahaya akibat kebakaran hutan dan tanah yang semakin merebak.
Angka itu dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Kota Palangkaraya yang menyebabkan udara bertukar menjadi oren.
Sehingga semalam, jumlah luas hutan dan tanah yang terbakar di Kota Palangkaraya telah mencapai 1,444 hektar.
Terdapati sebanyak 548 titik panas di Kota Palangkaraya manakala untuk wilayah Kalimantan Tengah secara keseluruhan terdapat 11,166 titik panas.








