sukan2hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain beregu lelaki negara, Tee Kai Wun berharap dapat membantu gandingannya bersama Man Wei Chong kembali ke kelompok 10 terbaik dunia, meskipun mengakui masa semakin suntuk untuk mencapai sasaran itu musim ini.

Pasangan yang kini merosot ke ranking ke-12 dunia itu akan kembali bergandingan pada Terbuka Denmark minggu depan selepas Kai Wun digandingkan sementara dengan Aaron Chia bagi menghadapi Sukan Asia Aichi-Nagoya.

Dengan hanya enam kejohanan bertaraf Super 500 hingga Super 750 berbaki tahun ini, Kai Wun mengakui mereka memerlukan masa untuk kembali ke kelompok elit selepas terlepas menyertai beberapa kejohanan sebelum ini.

"Kami berharap dapat kembali ke kelompok 10 terbaik dunia. Sebelum ini, kami biasanya berada dalam kelompok 10 terbaik atau lapan terbaik, tetapi ia memerlukan masa kerana kami terlepas banyak kejohanan.