Ayer Keroh: Atlet dan jurulatih Melaka yang mengharumkan nama negeri menerusi kejayaan di pentas sukan kebangsaan serta antarabangsa bakal menerima insentif khas pada 27 Oktober ini.

EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, Datuk VP Shanmugam berkata, pemberian itu sebagai penghargaan terhadap pencapaian atlet selain mengiktiraf peranan jurulatih yang membimbing mereka hingga berjaya meraih pingat.

Menurut beliau, penyaluran insentif berkenaan sebelum ini mengalami kelewatan berikutan beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

"Pemberian imbuhan ini bukan saja membabitkan atlet. Malah turut diberikan kepada jurulatih yang melatih dan membimbing mereka," katanya.