saifulaffendy@hmetro.com.my

Sepang: "Kami menantikannya dan sedang berbincang."

Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya sebuah stesen televisyen luar negara mengenai kemungkinan perlumbaan Formula Satu (F1) kembali dianjurkan secara tetap di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada masa depan.

"Acara yang menakjubkan. Hebat Bahrain-Malaysia dan Grand Prix yang hebat. Anda lihat saya basah kuyup, tapi kami sangat teruja. Seluruh negara meraikannya," kata Perdana Menteri lagi.

Anwar berkata demikian ketika hadir menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di SIC, hari ini, yang menyaksikan F1 kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun.