SHAH ALAM: Penyanyi Zaki Yamani tidak menyangka mempunyai kelompok peminat yang cukup kuat sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mengundinya pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026.

Zaki atau nama sebenar, Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah, 20, berkata sokongan peminat membuatkan dirinya terharu, namun, bimbang jika perkara itu menyusahkan mereka.

"Sekarang ini saya terkejut kerana sudah ada peminat yang begitu kuat memberi sokongan kepada saya. Saya tak sangka, jadi saya tak mahu mereka kecewa," katanya ketika ditemui pada acara 'meet & greet' calon AMT 2026 di sini, hari ini.

Zaki berkata, dia tidak tahu jumlah undian diterima, namun, menyedari penyokongnya konsisten mengundi setiap hari termasuk melanggan pakej Tonton yang menawarkan jumlah undian lebih banyak.