Shah Alam: "Saya memang masih berlakon dan okey untuk terima apa-apa tawaran pada masa akan datang," kata pelakon Eyka Farhana.
Kenyataan ini sekali gus menepis dakwaan mengatakan isteri kepada pemain bola sepak Akhyar Rashid dan ibu kepada Muhammad Luay Khayr ini sudah mengucapkan selamat tinggal kepada industri seni.
Eyka atau nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkata selagi dirinya masih berdaya, dia akan terus berlakon.
"Sebabnya banyak karakter yang saya rasa kena cuba lagi kerana lakonan adalah minat saya. Saya masih lagi nak teroka lebih banyak watak-watak yang belum pernah dibawa.









