California: Seekor beruang mengunjungi perpustakaan berhampiran di California sempena ulang tahun ke-100 kemunculan watak Winnie-the-Pooh sebelum mengambil sebotol madu, lapor UPI.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 pagi 14 Oktober lalu apabila beruang berkenaan memasuki cawangan Mammoth Lakes milik Mono County Free Libraries.

Difahamkan, kejadian itu berlaku pada ulang tahun ke-100 kemunculan pertama watak beruang terkenal ciptaan AA Milne, Winnie-the-Pooh.

Mono County Free Libraries berkongsi, video kejadian itu menerusi media sosial yang menunjukkan, beruang berkenaan memasuki perpustakaan sebelum menuju ke tempat simpanan snek kakitangan.