Shah Alam: TQ WULING melancarkan van komersial elektrik sepenuhnya, Porta EV, bagi memenuhi keperluan perniagaan yang mahu meningkatkan kecekapan operasi menerusi pengangkutan lebih lestari dan kos operasi lebih rendah.
Porta EV ditawarkan dalam dua varian, iaitu 300 kilometer (km) dan 400 km berdasarkan penarafan CLTC, pada harga masing-masing RM99,800 dan RM105,800 (atas jalan tanpa insurans).
Ketua Perniagaan TQ Manufacturing Sdn Bhd, Wan Wei Sun berkata, model itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan operasi harian perniagaan melalui gabungan kapasiti kargo praktikal, keupayaan membawa muatan dan kos penyelenggaraan lebih rendah.
"Bagi perniagaan, kenderaan komersial adalah aset penting untuk menjalankan operasi harian. Ia perlu berkeupayaan, boleh dipercayai dan mampu beroperasi setiap hari secara ekonomik serta cekap.









