KUALA LUMPUR: Impian apit kanan negara, Noraizat Nordin untuk memperkuatkan Perak Bison dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim ini berkecai selepas keputusan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) mengesahkan dia mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus.
Bagi Noraizat, dirinya terpaksa menerima dengan hati yang cukup berat apabila keputusan pemeriksaan yang dilakukan semalam menyaksikan dirinya perlu menjalani pembedahan demi memastikan kariernya tidak terkubur.
Justeru, perkhabaran itu kesedihan yang sukar diungkap Noraizat ketika itu apabila kecederaan itu membabitkan lutut kanan iaitu kaki dominannya dalam melakukan libasan dan itu membuatkan dia tiada pilihan lain selain perlu meneruskan proses yang sudah ditetapkan.








