Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) ( A ) Akta SPRM 2009.PETALING JAYA: Seorang penjawat awam direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta daripada beberapa syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.

Perintah reman enam hari hingga 26 Okt terhadap suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an ditahan kira-kira 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di sekitar Lembah Klang.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga pengarah unit disyaki melakukan perbuatan itu pada tahun 2025 hingga 2026,” katanya.