Key takeaways
Penyanyi Indonesia Farel Pragoya menanggung kerugian hampir RM900,000 selepas keluarganya menjual tanah dan aset miliknya tanpa pengetahuan beliau. Farel menyatakan menyerahkan isu ini kepada tindakan undang-undang secara tidak agresif kerana melibatkan ahli keluarga sendiri.
- Farel Pragoya mengalami kerugian hampir RM900,000 akibat penjualan aset oleh keluarganya secara senyap.
- Beliau mengambil pendekatan realistik dan berdoa sambil menunggu hasil tindakan undang-undang.
- Farel tidak mengambil langkah agresif kerana pihak yang terlibat masih merupakan ahli keluarganya.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Farel Pragoya, 16, menanggung kerugian hampir RM900,000 gara-gara ditipu keluarga sendiri yang menjual tanah dan aset diusahakannya sepanjang bergelar penyanyi.
Menurut Farel, lebih parah lagi apabila aset-aset dan tanah tersebut dijual keluarga secara senyap tanpa pengetahuannya.
“Saya menanggung kerugian hampir 400 juta rupiah gara-gara tanah dan aset milik saya dijual keluarga tanpa pengetahuan saya.
“Saya mengambil pendekatan lebih realistik dalam menguruskan hal ini kerana ini adalah hasil usaha saya sendiri, saya menunggu sahaja apa yang bakal berlaku selepas ini.</