Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan menyita aset pesalah trafik yang disabitkan kesalahan serius bagi membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dan keluarga mereka.PETALING JAYA: Cadangan menyita aset pesalah trafik bagi membayar pampasan kepada mangsa nahas perlu dilaksanakan berlandaskan undang-undang dan tidak boleh menjejaskan hak ahli keluarga yang tidak bersalah, kata pakar.
Haezreena Begum Abdul Hamid.Pakar Kriminologi Universiti Malaya, Haezreena Begum Abdul Hamid, berkata penyitaan aset mesti berlandaskan undang-undang bagi melindungi hak keluarga pesalah yang tidak bersalah.
Katanya, keadilan bukan sekadar memastikan mangsa menerima pampasan tetapi melindungi hak pihak ketiga mengikut garis panduan mahkamah.







