KUALA LUMPUR: Tindakan merampas aset bernilai lebih RM409 juta dalam siasatan dakwaan ‘mafia korporat’ membuktikan ketegasan kerajaan Madani dalam menyelesaikan isu tersebut.

Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias berkata, pada masa sama, kejayaan tersebut akan membuatkan pemimpin parti Kancil, Datuk Seri Rafizi Ramli menjadi ‘terkedu’ dan berhenti mengkritik mengenai isu tersebut selepas kerajaan Madani mengambil langkah yang tegas untuk menyelesaikannya.

“Rafizi juga perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana mengambil tindakan yang tegas untuk menyelesaikan isu tersebut daripada hanya melalak di luar dan menjadikan isu tersebut sebagai modal politik beliau.

“Nampaknya Rafizi kena cari modal politik yang baru selepas kerajaan berjaya menyelesaikan isu mafia korporat dengan rampasan aset lebih RM400 juta, terutama selepas parti Kancil terhimpit dengan bebas isu khalwat Nik Nazmi Nik Ahmad,” katanya hari ini.