PUTRAJAYA – Kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi menerusi pemindahan antara dua bot di sebuah jeti persendirian di Manjung, Perak terbongkar selepas diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Selasa lalu.Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam memaklumkan, dalam operasi itu KPDN menyita dua bot, kira-kira 3,592 liter cecair disyaki diesel serta peralatan pemindahan dengan keseluruhan nilai sitaan dianggarkan RM587,219.45.Menurutnya, serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) pada kira-kira jam 10.30 pagi, 27 Oktober lalu turut membawa kepada penahanan lima lelaki terdiri daripada dua warga Malaysia dan tiga bukan warganegara."Pemeriksaan di lokasi mendapati sebuah bot sedang melakukan aktiviti pemindahan minyak diesel ke sebuah bot lain di kawasan jeti berkenaan sebelum menemukan sejumlah cecair yang disyaki minyak diesel di dalam beberapa tangki simpanan selain peralatan dipercayai digunakan bagi aktiviti pemindahan termasuk pam dan hos," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ujar beliau, operasi berkenaan dilaksanakan Bahagian Penguat Kuasa KPDN Putrajaya dengan kerjasama KPDN Cawangan Manjung hasil maklumat risikan susulan aduan diterima berhubung kegiatan mencurigakan membabitkan barang kawalan.Susulan penemuan itu, KPDN turut menyita dokumen berkaitan serta sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan.Ujar Azman, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] berkaitan pemindahan dan penyimpanan barang kawalan.Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti sumber bekalan diesel, tujuan pemindahan serta pihak yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Ops Tiris yang bermula 16 Mac hingga 28 Oktober lalu merekodkan sebanyak 128,239 pemeriksaan dengan 1,587 kes dikesan dan 522 individu ditahan.
Kantoi pindah diesel antara bot, rampasan cecah RM587,000

Key takeaways
KPDN membongkar kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi di jeti persendirian Manjung, Perak, dengan menyita dua bot dan peralatan bernilai RM587,219.45. Lima suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
- Serbuan Ops Tiris 4.0 pada 27 Oktober menyita 3,592 liter cecair disyaki diesel dan dua buah bot.
- Lima lelaki, termasuk tiga bukan warganegara, ditahan dalam operasi yang dipicu oleh aduan awam.
- Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 untuk mengenal pasti sumber dan tujuan pemindahan diesel.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia AI chip: Kes kelima tahun ini, rampasan cecah RM100 juta
- Sinar Harian Kantoi pindah diesel antara bot, rampasan cecah RM587,000 (this story)









