KUALA LUMPUR – Penetapan tambang minimum e-hailing perlu berasaskan kos operasi dan pendapatan bersih pemandu, bukannya sekadar menaikkan kadar perjalanan sehingga membebankan pengguna.Naib Pengerusi Majlis Ekonomi Gig Malaysia (MyGig), Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, kenaikan tambang tidak menjamin pendapatan lebih tinggi sekiranya jumlah tempahan merosot dan pemandu terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan penumpang.Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang berkata, pemandu perlu menanggung pelbagai kos termasuk bahan api, penyelenggaraan kenderaan serta perjalanan tanpa penumpang, selain menghabiskan masa berjam-jam di jalan raya untuk mencari rezeki.Menurutnya, pendapatan sebenar pemandu bukan bergantung semata-mata pada kadar tambang bagi setiap perjalanan, sebaliknya turut ditentukan jumlah tempahan, tempoh menunggu dan kos operasi yang perlu ditanggung."Pendapatan pemandu bukan ditentukan oleh tambang satu trip sahaja, tetapi oleh berapa banyak tempahan, berapa lama menunggu dan berapa besar kos yang ditanggung," katanya memetik laporan UMNO Online.Beliau berkata, penetapan tambang minimum sewajarnya mengambil kira realiti operasi di lapangan bagi memastikan pemandu memperoleh pendapatan munasabah tanpa mengenakan beban berlebihan kepada pengguna.Sebagai gambaran, pemandu yang menerima bayaran RM15 bagi satu perjalanan mungkin memperoleh pendapatan harian lebih rendah berbanding mereka yang menerima RM10 bagi setiap perjalanan, tetapi berjaya menyelesaikan lebih banyak tempahan dalam tempoh sama.Keadaan itu membuktikan bahawa kadar tambang yang lebih tinggi tidak semestinya memberikan pulangan lebih baik, terutama jika kenaikan harga menyebabkan permintaan terhadap perkhidmatan e-hailing menurun.Pada masa sama, kenaikan tambang yang tidak mengambil kira kemampuan pengguna boleh menjejaskan golongan yang bergantung pada perkhidmatan itu untuk urusan harian.Antara yang berisiko terkesan ialah pekerja syif malam, peniaga kecil, warga emas dan pelancong, termasuk pengguna yang menggunakan e-hailing untuk ke stesen Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT).Tengku Azman berkata, pengurangan permintaan boleh menyebabkan pemandu menunggu lebih lama untuk menerima tempahan, sekali gus menjejaskan pendapatan harian mereka."Ini bukan soal pemandu lawan penumpang. Kedua-duanya saling bergantung," katanya.Sehubungan itu, beliau menyokong pendekatan yang memberi keutamaan kepada perlindungan pendapatan sebenar pemandu, selaras dengan pandangan My Mobility Vision (MMV) yang diketengahkan menerusi tulisan Wan Agyl Wan Hassan dalam Free Malaysia Today (FMT).Antara langkah yang dicadangkan ialah menetapkan bayaran minimum kepada pemandu berdasarkan kos operasi sebenar, masa menunggu dan perjalanan tanpa penumpang.Beliau turut mencadangkan supaya Akta Pekerja Gig 2025 dan Majlis Perundingan Pekerja Gig dimanfaatkan untuk membantu merangka kadar bayaran yang adil mengikut jenis pekerjaan serta keadaan ker
Tambang naik, pendapatan pemandu e-hailing masih belum terjamin - MyGig

Key takeaways
Kenaikan tambang e-hailing tidak menjamin pendapatan pemandu jika tempahan merosot dan kos operasi tinggi.
- Tambang minimum perlu berasaskan kos operasi dan pendapatan bersih pemandu.
- Pendapatan pemandu bergantung pada jumlah tempahan, tempoh menunggu, dan kos operasi.
- Kenaikan tambang tinggi boleh mengurangkan permintaan perkhidmatan e-hailing.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Pemandu e-hailing menangis menang pakej umrah
- Sinar Harian Tambang naik, pendapatan pemandu e-hailing masih belum terjamin - MyGig (this story)








