PETALING JAYA – Fenomena jerebu yang melanda negara ini selama tiga bulan bermula Ogos lalu sehingga menyebabkan ribuan sekolah terpaksa ditutup dijangka berulang pada awal tahun hadapan.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, jangkaan itu dibuat susulan jangkaan cuaca kering ekoran kesan fenomena Super El Nino yang boleh mencetuskan kebakaran hutan dan tanah gambut di negara ini.
Katanya, keadaan cuaca kering yang dijangka berlaku menjelang penghujung Monsun Timur Laut (MTL) pada hujung Januari hingga Mac 2027 berpotensi menyebabkan jerebu kembali sekiranya langkah-langkah kawalan tidak dilaksanakan.
Ketika ini, keadaan jerebu rentas sempadan di negara ini beransur hilang sejak minggu lalu susulan perubahan arah pergerakan angin di rantau ini.









