Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas Bukit Aman, Mohd Zaki Ashar, berkata pihaknya menahan 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan di sebuah gudang di Puchong. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Lebih 6.5 tan ayam mentah disyaki diproses tanpa mematuhi kaedah penyembelihan mengikut syarak dirampas dalam serbuan di sebuah gudang di Puchong.

Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller ialah 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan dipercayai terlibat aktiviti penyembelihan dan pemprosesan ayam di premis berkenaan.

Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Mohd Zaki Ashar, berkata serbuan pada 12.40 tengah malam itu mendapati premis terbabit disyaki dijadikan lokasi penyembelihan, pemprosesan, dan pengedaran ayam segar tanpa sijil halal sah.