Senator Dr RA Lingeshwaran berkata sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada Ahad manakala Isnin adalah cuti umum gantian di negeri berkenaan. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang senator menggesa kerajaan meneliti pemberian kelonggaran khas cuti tanpa rekod (CTR) kelompok kepada penjawat awam beragama Hindu susulan pertindihan tarikh sambutan Deepavali pada 8 Nov ini dengan cuti hujung minggu.

Dr RA Lingeshwaran berkata, sambutan Deepavali tahun ini jatuh pada Ahad manakala Isnin adalah cuti umum gantian di negeri berkenaan.

Justeru, beliau merayu perdana menteri mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji dan memberikan pertimbangan positif berhubung isu itu.

“Keadaan ini menimbulkan persoalan sama ada penjawat awam beragama Hindu dapat menikmati kemudahan CTR kelompok sepenuhnya.