KUALA LUMPUR – Kerajaan belum menetapkan tarikh khusus bagi pembentangan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, meskipun cadangan itu telah dipersetujui secara prinsip.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara itu memerlukan penelitian lanjut dari aspek perundangan, teknikal dan persempadanan pilihan raya selain rundingan dengan pihak berkepentingan.Menurut beliau, pelaksanaan cadangan yang selaras dengan semangat asal pembentukan Malaysia itu akan dibuat secara berperingkat menerusi tiga fasa utama iaitu penyelarasan, perundangan dan pelaksanaan."Pada peringkat penyelarasan, Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak telah memulakan sesi libat urus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 22 September lalu."Cadangan penubuhan jawatankuasa khas di bawah Jawatankuasa Teknikal MTPMA63 turut dikemukakan bagi memperincikan mekanisme pelaksanaan cadangan berkenaan," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai garis masa pelaksanaan keputusan MTPMA63 terutama berkaitan penambahan kerusi Dewan Rakyat bagi Sabah dan Sarawak mengikut nisbah satu pertiga.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 September lalu memaklumkan, kerajaan bersetuju pada prinsipnya untuk meningkatkan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak di Dewan Rakyat, selaras dengan kedudukan kedua-dua wilayah itu dalam pembentukan Malaysia menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).Beliau berkata, keputusan itu antara perkara utama yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).Mengulas lanjut, Mustapha berkata, pada peringkat perundangan, cadangan penambahan kerusi itu memerlukan pindaan terhadap Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan.Ujarnya, pindaan berkenaan perlu mendapat sokongan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada keseluruhan ahli Dewan Rakyat sebelum dapat dimuktamadkan."Bagi peringkat pelaksanaan pula, selepas pindaan dimuktamadkan, SPR akan melaksanakan proses kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya mengikut Perkara 113 dan Jadual Ke-13 Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Nisbah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Pindaan Perlembagaan belum ada tarikh - Mustapha

Key takeaways
Kerajaan belum menetapkan tarikh khusus untuk pembentangan pindaan Perlembagaan bagi meningkatkan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, walaupun cadangan itu telah dipersetujui secara prinsip.
- Menteri Datuk Mustapha Sakmud menyatakan pindaan memerlukan penelitian lanjut dari aspek perundangan dan teknikal.
- Sesi libat urus dengan Suruhanjaya Pilihan Raya telah dimulakan pada 22 September lalu.
- Perdana Menteri memaklumkan persetujuan prinsip pada 11 September lalu dalam Mesyuarat MTPMA63.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURUL HUDA HUSAIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Pindaan Akta Tabung Haji dibentang di Parlimen tahun depan
- Free Malaysia Today Kabinet lulus pindaan perintah, serah kuasa alam sekitar kepada Sarawak
- Sinar Harian Nisbah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Pindaan Perlembagaan belum ada tarikh - Mustapha (this story)







