KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan kajian terhadap keperluan kawal selia kandungan drama di platform penstriman digital atau Over-The-Top (OTT), termasuk aspek keberkesanan perlindungan penonton dan amalan antarabangsa.Kementerian Komunikasi memaklumkan kajian itu dilaksanakan dalam usaha memastikan kandungan disiarkan menerusi platform berkenaan termasuk drama tempatan tidak mengandungi unsur sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan masyarakat.Menurut kementerian itu, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) turut menerbitkan Garis Panduan Kandungan Terpilih Dalam Talian (OCC) Edisi Kedua pada September lepas yang menggariskan amalan terbaik berkaitan klasifikasi kandungan mengikut umur, nasihat kandungan kepada pengguna serta ciri keselamatan bagi melindungi penonton, khususnya kanak-kanak."Bagi kandungan drama yang disiarkan melalui platform penstriman digital atau OTT, MCMC sedang menjalankan kajian terhadap landskap dan keperluan kawal selia platform berkenaan, termasuk keberkesanan perlindungan penonton serta amalan antarabangsa," menurut kementerian itu.Perkara berkenaan dinyatakan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen bagi menjawab soalan Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) mengenai tindakan dan garis panduan penguatkuasaan terhadap drama tempatan yang mengandungi unsur atau analogi sensitif.Kementerian berkenaan turut memaklumkan penyiar televisyen percuma (FTA) yang memegang lesen Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) bertanggungjawab memastikan semua kandungan disiarkan termasuk drama terbitan syarikat produksi luar, mematuhi Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarat pelesenan.Menurut kementerian itu, MCMC boleh mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) sekiranya berlaku pelanggaran selain orang ramai boleh mengemukakan aduan berkaitan kandungan tidak sesuai kepada MCMC atau CMCF.Kementerian itu turut memaklumkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), MCMC, CMCF, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), syarikat penyiar, pengendali platform OTT dan pemain industri kreatif akan terus diperkukuh bagi meningkatkan pematuhan serta menggalakkan kawal selia kendiri sejak peringkat pembangunan dan penerbitan kandungan.Sementara itu, dalam jawapan bertulis berasingan, Kementerian Komunikasi menjelaskan bahawa platform penstriman digital atau OTT ketika ini dikecualikan daripada pelesenan, namun masih tertakluk kepada undang-undang negara, termasuk peruntukan berkaitan kandungan yang menyalahi undang-undang.Menurut kementerian itu, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) melarang penerbitan serta penyebaran kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik melampau, dengan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara sehingga 10 tahun, manakala Akta Ke
MCMC kaji keperluan kawal selia kandungan drama platform penstriman digital

Key takeaways
MCMC sedang kaji kawal selia kandungan drama di platform OTT untuk memastikan kandungan tidak sensitif dan melindungi penonton.
- MCMC kaji keperluan kawal selia kandungan drama di platform OTT.
- CMCF terbitkan garis panduan untuk klasifikasi kandungan mengikut umur dan keselamatan pengguna.
- Penyiar FTA perlu pastikan kandungan drama mematuhi kod dan syarat pelesenan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Undang-undang kawal selia dana umat Islam perlu diwujudkan
- Utusan Malaysia Australia bakal kuat kuasa kawal selia wajib terhadap AI
- Sinar Harian MCMC kaji keperluan kawal selia kandungan drama platform penstriman digital (this story)







