KUALA LUMPUR: Malaysia belum mempunyai akta khusus mahupun Prosedur Operasi Standard (SOP) kebangsaan yang terpakai secara umum bagi mengawal selia pelaksanaan perintah tahanan rumah di negara ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ikmal Hisham Md Tah, berkata dalam kes Datuk Seri Najib Razak, pelaksanaan tahanan rumah bersandarkan Perintah Pengampunan Bersyarat oleh Yang di-Pertuan Agong.
Susulan itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewartakan kediaman di Langgak Duta sebagai penjara mengikut Seksyen 3 Akta Penjara 1995 menerusi Warta Kerajaan Persekutuan P.U. (B) 456/2026.
Katanya, Mahkamah Tinggi Isnin lalu, mengeluarkan perintah baharu supaya baki hukuman kes SRC International dijalani di premis berkenaan hingga 23 Ogos 2028, selaras perintah pengampunan bersyarat itu.










%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)