PERBUATAN menghina, mengejek dan mencela bentuk fizikal seseorang atau lebih dikenali sebagai body shaming bukan isu remeh, sebaliknya satu bentuk gangguan yang boleh memberi kesan serius terhadap kesejahteraan emosi dan mental mangsa.
Perbuatan itu bukan sahaja boleh menyebabkan mangsa mengalami tekanan, kemurungan dan kehilangan keyakinan diri malah berisiko mendorong kepada kecelaruan pemakanan serta kecenderungan menamatkan riwayat diri.
Lebih membimbangkan, gangguan sedemikian boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada secara lisan, fizikal, penulisan mahupun melalui platform digital.
Meskipun Malaysia mempunyai beberapa peruntukan undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap pelaku body shaming termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun pendekatan itu dilihat belum mencukupi untuk menangani keseluruhan bentuk gangguan dan ejekan tersebut.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fnajib23121_480507.png&w=480&output=webp&q=85&we)