Sepuluh bekas exco sebelum ini memohon deklarasi Mahkamah Tinggi bahawa warta kerajaan negeri yang membatalkan pelantikan mereka tidak sah dan terbatal.PETALING JAYA: Cabaran undang-undang 10 bekas anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan berhubung pembatalan pelantikan mereka berakhir secara mengejut selepas mereka menarik balik saman susulan peletakan jawatan Menteri Besar Ismail Lasim.
Bagaimanapun, penarikan balik itu melibatkan kos apabila Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan 10 Adun berkenaan membayar RM48,000 kepada responden.
Hakim Ros Mawar Rozain membatalkan saman itu tanpa kebenaran untuk memfailkannya semula dan memerintahkan plaintif membayar RM20,000 setiap seorang kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Zafir Ibrahim, dan kerajaan Negeri Sembilan, serta RM8,000 lagi kepada Dewan Keadilan dan Undang (DKU).









