saifulaffendy@hmetro.com.my

Sepang: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengambil langkah segera memperbaiki sistem pengangkutan bas perantara bagi memastikan kelancaran perjalanan peminat pergi dan pulang dari litar sempena Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain, bermula hari ini.

Masalah pengangkutan itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat yang hadir menyaksikan perlumbaan F1 selepas mereka mendakwa terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan bas, khususnya selepas tamat sesi pada sebelah petang.

Susulan itu, SIC hari ini memaklumkan pihaknya bekerjasama dengan rakan pengangkutan dan pihak berkuasa berkaitan bagi memperkukuh pengurusan trafik, perkhidmatan bas perantara serta pergerakan orang ramai.