Kuala Lumpur: Dua kanak-kanak etnik Rohingya ditahan orang awam selepas menceroboh sebuah rumah di Taman Wilayah Selayang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, dua kanak-kanak lelaki itu ditahan orang awam sebelum diserah kepada polis.

Menurutnya, bagaimanapun pemilik telefon bimbit tidak mahu membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa memberi amaran kepada kanak-kanak itu selepas menerima semula telefonnya.

"Kes diselesaikan secara baik antara mangsa dan kanak-kanak terbabit kerana pemilik telefon terbabit enggan memanjangkan kes itu," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.