Pada September 2023 Presiden Umno Zahid Hamidi diberikan DNAA bagi semua 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi sementara menunggu siasatan lanjut SPRM. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Azalina Othman Said membidas Ahli Parlimen DAP RSN Rayer kerana menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim memastikan peguam negara (AG) mendakwa semula timbalannya Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi.

Ketua penerangan Umno yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) berkata, Perlembagaan memperuntukkan kuasa kepada AG untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan prosiding bagi sesuatu kesalahan.

“Perdana menteri bukan pendakwa raya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, keputusan pendakwaan hendaklah dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang, fakta dan bukti, bukan tekanan atau kehendak politik