PETALING JAYA: Inflasi Malaysia meningkat 1.8 peratus pada September 2026 berbanding 1.9 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata indeks meningkat kepada 137.6 daripada 135.2 pada September 2025.

Jabatan Perangkaan (DOSM) berkata, ini didorong oleh kumpulan perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat perlahan kepada 1.4 peratus berbanding 2.1 peratus pada Ogos 2026.

Katanya, kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan menyederhana kepada 2.8 peratus pada September 2026 berbanding 3.2 peratus pada Ogos 2026.

“Kumpulan maklumat dan komunikasi dan makanan dan minuman masing-masing turut meningkat lebih perlahan kepada 1.8 peratus berbanding 2.6 peratus dan 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.