ROTTERDAM, Belanda, 21 Okt — China menafikan Amerika Syarikat (AS) gelaran berpasukan wanita buat kali kelapan berturut-turut pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia, hari ini, selepas Qiu Qiyuan memastikan kemenangan dramatik menerusi rutin terakhir.
AS kali terakhir gagal meraih emas acara itu ketika tewas kepada Rusia pada kejohanan 2010, namun kali ini terpaksa membayar harga akibat beberapa kesilapan dalam acara palang imbangan di Rotterdam.
Qiu perlu memperoleh lebih 12.600 mata menerusi rutin terakhir di lantai bagi memastikan emas menjadi milik China dan berjaya melakukannya dengan kutipan 12.833 mata.
China, yang turut mendahului pusingan kelayakan, mengumpul 165.764 mata untuk mengatasi AS dengan kelebihan tipis 0.233 mata.








