KUALA LUMPUR- Rapid KL terus memperluas pilihan perjalanan tanpa had menerusi pengenalan pas Rapid Kembara dengan menawarkan pas baharu selama tujuh tujuh hari sempena Tahun Melawat Malaysia 2026-2027.

Selain kemudahan perjalanan, pemegang pas Rapid Kembara juga bakal menikmati diskaun dan tawaran istimewa antara 10 hingga 50 peratus meliputi lebih 40 rakan strategik.

Tawaran istimewa rakan strategik itu merangkumi empat kategori iaitu tarikan pelancongan, makanan dan minuman (F&B) selain gaya hidup serta perkhidmatan, seterusnya membolehkan pelancong menikmati pelbagai pengalaman tempatan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dr. Prodyut Dutt berkata, tawaran itu bukan sekadar memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa meneroka destinasi sekitar Lembah Klang, malah menggalakkan kunjungan ke premis perniagaan tempatan.