Kuala Lumpur: Ross County menawarkan promosi istimewa kepada peminat bola sepak Malaysia susulan kejayaan pemainnya, Richard Chin, meledak dua gol ketika membantu Harimau Malaya menewaskan Yaman 2-1 dalam aksi persahabatan Tier 1 di China, hari ini.
Kelab dari Scotland itu mengumumkan diskaun 20 peratus bagi pembelian barangan rasmi mereka khas buat penyokong di Malaysia sebagai tanda meraikan sumbangan Chin dalam kemenangan berkenaan.
Pemain berusia 24 tahun itu membuka jaringan seawal minit ketujuh selepas pantas menyambar bola muntah susulan kegagalan penjaga gol Yaman, Abdullah Al-Sadi mengawal bola dengan kemas.
Chin sekali lagi menghukum kesilapan penjaga gol lawan apabila menggandakan kelebihan Malaysia pada minit ke-57, sebelum Yemen merapatkan jurang menerusi pemain gantian, Al-Sheraji pada minit ke-77.








