KUALA LUMPUR: Pengendali interim skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memuji aksi memukau tonggak warisan, Richard Chin selepas dia meledak dua gol ketika menewaskan Yaman 2-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre, di Guangdong, China, hari ini.
Jelas Cheng Hoe, beliau menyifatkan pemain kelab Scotland, Ross County itu sebagai antara aset penting pasukan negara selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan dalam dua aksi persahabatan menentang China dan Yaman.
Menurutnya, kemampuan pemain muda itu beraksi di kedua-dua bahagian sayap, sama ada kanan mahupun kiri, memberikan kelebihan tambahan kepada skuad kebangsaan dalam merencanakan taktikal permainan.








