KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Justin Hoh terus menunjukkan prestasi longlai apabila tewas kepada wakil China, Zhu Xuan Chen pada final pusingan kelayakan Terbuka Hong Kong, hari ini.
Dalam perlawanan itu, Justin memerlukan kemenangan untuk layak ke pusingan pertama, namun gagal memberikan aksi bertenaga apabila tewas dalam pertarungan tiga set, 11-21, 21-14, 11-21 dalam masa 45 minit.
Pemain ranking ke-46 dunia berkenaan bermula baik pada pusingan awal kelayakan selepas menang straight set 21-15, 21-17 ke atas Pui Pang Fong dari Macau.
Bagaimanapun, momentum itu gagal diteruskan dalam aksi seterusnya.









