ALOR SETAR: Kadar ketirisan air Empangan Pedu masih terkawal pada 99 liter sesaat, di bawah had maksimum dibenarkan iaitu 139 liter sesaat.

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kadar ketirisan semasa itu bersamaan 3.5 kaki padu sesaat berbanding had maksimum 4.9 kaki padu sesaat.

MADA menjelaskan, angka kebocoran 600 liter sesaat yang dilaporkan media sebelum ini merujuk kadar kebocoran ketika kerja penutupan dan pengasingan empangan bagi tujuan penggantian injap Butterfly menerusi Projek Pemulihan Menyeluruh Empangan Pedu pada 2013.

"Kebocoran berkenaan bukan membabitkan struktur empangan, sebaliknya berlaku akibat kerja penutupan di bahagian pengambilan air (intake) empangan.