PETALING JAYA – Laluan ke Plaza Tol Kemuning menghala ke Klang di Lebuh Raya Shah Alam dinaiki air, susulan hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat di kawasan tersebut pada petang ini.
Menerusi video dimuat naik pengguna Threads Harris Rafiq mendapati, deretan kenderaan berat termasuk lori, treler dan lori tangki menunggu giliran untuk melepasi kawasan tersebut menuju ke plaza tol.
Dalam masa sama, kelihatan satu-satunya lori bersaiz kecil tidak bersama deretan kenderaan berat yang lain dan ia turut dinaiki air hingga ke paras menutupi tayarnya.
“Banjir tol Kota Kemuning menghala Klang,” kata Harris Rafiq pada hantaran itu petang ini.









