PETALING JAYA – Gelagat dua ekor anjing pengesan (K9) yang sepatutnya melakukan demonstrasi ketika satu majlis rasmi bertukar mencuri perhatian apabila dilihat saling bergaduh sesama sendiri.
Menerusi perkongsian di Threads Jabatan Penjara Malaysia, insiden tersebut berlaku ketika Majlis Tamat Latihan Kursus Timbalan Penguasa Penjara, Penolong Penguasa Penjara dan Pegawai Penjara 2026.
Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, kedua-dua anjing berkenaan dilihat saling menggigit sehingga anggota yang mengendalikannya terpaksa mengawal keadaan.
Situasi itu mengundang pelbagai reaksi lucu dalam kalangan pengguna media sosial yang terhibur melihat aksi di luar jangka haiwan berkenaan.







