PETALING JAYA – Hanya perlu mengambil cuti tahunan selama empat hari, orang ramai berpeluang menikmati tempoh rehat sehingga 10 hari berturut-turut sempena cuti hujung tahun ini.
Perkara itu dikongsikan pengguna Threads @zac_zakirin13 menerusi hantaran yang menunjukkan cara menyusun cuti tahunan dengan mengambil kira cuti umum dan hujung minggu pada Disember ini hingga Januari 2027.
Jelasnya, pekerja hanya perlu memohon cuti pada 28 hingga 31 Disember iaitu Isnin hingga Khamis bagi menikmati cuti panjang bermula 25 Disember 2026 hingga 3 Januari 2027.
Semakan Kosmo! pada kalender 2026, tanggal 25 Disember merupakan cuti umum sempena Hari Krismas, kemudian bersambung dengan cuti minggu Sabtu dan Ahad.







