Tapah: Tayar pecah dipercayai punca van polis terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya di di KM352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini yang mengorbankan seorang anggota manakala 10 lagi cedera.
Anggota yang maut disahkan Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kemalangan itu berlaku pada 11.35 pagi ketika van berkenaan dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Melaka.
Katanya, van jenis Maxus itu dipandu oleh seorang anggota dan membawa 10 lagi anggota lain.








